Saturday 31 March 2012

Begini Begitu

Begini begitu kenapa

Sebab begini begitula

lagi-lagi Begini begitu 

Memang begini begitu

Oh, jadi begini dan begitu

Sebenarnya begini begitu tidak tahu

Pelik betul begini begitu

Dah nasib begini begitu

Begini begitu selalu begitu

Siapa begini begitu itu

Hanya dia yang tahu begini begitu...


kenapa


Apa yang ada dalam manusiawi
Sifat yang terkeji?
Kenapa jadi begini?
Mana hilangnya apresiasi!!
Jadi mesti awasi 
Dalam mengenal erti jati diri
Bijak mengawal emosi
Carian damai hati
Hati sudah mati?
Kenapa jadi begini?
Mana hilangnya cahaya ilahi!!
Penyuluh di gelap siang hari
Tidak juga mengerti-ngerti
Cuba pahami lagi
Mungkin hadir kala itu nanti
Sabarlah menanti....




Sunday 18 March 2012

sajak suka suki

sensara jiwa bahasa pujangga,
misteri buana keasyikan alam,
mentari pagi melabuhkan tirai,
kuasa hati penuh duri menguji... 

ujian alam adatlah kasih,
hidup persinggahan kehidupan,
bagaikan hati dipagari bintang,
penuh cahaya kecemerlapan.....


saat kasih selaut ombak,
sanggup direnangi biarpn berapi,
hikayat hidup termatri sudah,
ajal maut jodoh pertemuana tetapan ilahi.... 

bercerai hati kaki dan diri,
sama berganding bahu,
bersepakat kata senyum terukir
tenag jiwa damai hatimu itu....

Tuesday 13 March 2012

Fitnah Petunjk Istikharah oleh Abu Saif


“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday 12 March 2012

Fitnah Petunjuk Istikarah


Ditulis oleh Hilal Asyraf:


Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.


Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.


Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.


Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?


Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.


Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?


Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.


Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!


Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?


Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."


Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!


Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.


Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!


Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.


Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!


Ini adalah pandangan saya.
Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?


Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!


Didikan apakah ini?
Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?


Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal yang kita kasihi: http://saifulislam.com/?p=8020 ?


Sungguh, ini mendukacitakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening

Friday 9 March 2012

bacalah-copypaste jer-


manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.


Marah itu membakar sedangkan senyuman itu siraman salju”


sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan kerana di situ terciptanya kerinduan,hargai kedua2nya kerana itulah Rahmat Tuhan...


...janganlah pandang pada siapa yang bercakap, tapi dengarlah apa yang diperkatakannya...


memahami dan mengerti adalah antara pekerjaan yang paling sukar untuk dilaksanakan


Melihat *kebaikan* orang lain lebih baik dari melihat *kebaikan* diri sendiri ~ *Melihat keburukan diri sendiri menginsafi diri*



Cinta itu ibarat nyawa,
tanpa cinta matilah jiwa.


Dengan cinta mulia manusia,
dengannya juga binasa dunia.


Bukti cinta wujudnya kita,
dapat melihat isi buana.


Jangan sampai bertasbih cinta,
hingga lupa pada Pencipta.


Biarkan cinta dengan ratibnya,
 memuji Tuhan menagih kasih-Nya.

ikhlaslah! menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan... hidup tanpa pegangan, ibarat buih-buih laut... bila-bila masa ia akan hilang...


aku belajar melupakan
seseorang yang melupakan aku
aku belajar memaafkan
semua yang menyakiti aku
aku belajar untuk menjadi yang terbaik
untuk orang yang aku sayangi
tetapi satu yang tidak biasa aku pelajari adalah aku harus bisa tersenyum
di saat orang orang yang aku sayangi
menyayangiku..




                                 



Sunday 4 March 2012

Kata-Kata Indah



"Biar pendiam tapi berisi , daripada bising menyusahkan orang, biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang"
 -DR HM TUAH ISKANDAR-


“Tiada kebaikan pada dunia kecuali bagi salah satu dari dua orang; orang yang diam dengan kewaspadaan atau orang yang berbicara dengan ilmu.”
-Abu Darda r.a-


'Dua orang diperlukan untuk membangunkan perkahwinan yang berjaya tetapi hanya seorang sahaja untuk merobohkannya.'
- Herbert Samuel-




Manusia Yang Berakal Ialah Manusia Yang Suka Menerima Dan Meminta Nasihat.


"Marah Itu Membakar Sedangkan Senyuman Itu Siraman Salju”


"Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan kerana di situ terciptanya kerinduan,hargai kedua2nya kerana itulah Rahmat Tuhan..."


"...janganlah pandang pada siapa yang bercakap, tapi dengarlah apa yang diperkatakannya..."


Memahami Dan Mengerti Adalah Antara Pekerjaan Yang Paling Sukar Untuk Dilaksanakan


Melihat kebaikan orang lain lebih baik dari melihat kebaikan diri sendiri ~
*Melihat keburukan diri sendiri menginsafi diri*





Friday 2 March 2012

Cinta Cantik

mungkin ada seorang yang sangat cantik..mungkin orang akan mudah hati pada orang yang cantik...cantik itu menyenangkan jiwa untuk mata-mata yang suka akan keindahan kecantikan seseorang...cantik selalunya mesti dikaitkan dengan wajah seseorang....benar wajah itu penting...wajah aset yang paling penting...benarkah itu..tapi sebenarnya itu yang pasti...wajah sebenarnya boleh menipu seseorang,, sememangnya benar cantik diluar, tapi harut di ingat cantik di dalam itu jua perlu... jadi sebagai seorang makhluk Allah yang bersyukur yang juga diberikan akal iuntuk berfikir,, ingatlah..cantik itu abstrak...carilah pencipta yang cantik itu, maka secara automatiknya kita akan rasa indah dengan sesuatu kecantikan itu tercipta....

MATAKITA

matakita
indah bersinar saat hati disulami rasa bahagia
nampak cahaya menimbulkan kesenangan jiwa
rasa cinta hadir tanpa perlu kata apa-apa
sinar di mata jawapan segala-galanya

matakita
air mata cinta hadir bila hati terguris
cinta pada kasih tiada jawapan pasti
cinta pada yang satu kebahagian pasti
air mata ikhlas wujud kecerian wajahnya

matakita
kadang-kadang tak pandai menipu
menipu itu mengapa perlu
jujurlah pada diri agar mata hati terang
terang lagi mengerti akan indahnya kehidupaan 

matakita
sedih akan lahirlah airmata
tika cinta sangat menyinarkan mata
berkaca-kaca saat hati tersentuh di jiwa
yang penting mata kita adalah dari mata keindahan cinta tuhan kita.........