Saturday 6 February 2016

coretan malam sepi

mengapa tangan yang menggapai tidak dapat mengayuh untuk menyeberang. Apakah penyebabnya? Dimanakah silapnya? Siapa pemilik tangan indah itu? Kenapa persoalan kekal menjadi persoalan? PELBAGAI USAHA DIPERGIAT NAMUN TELAH DIEKPLOITASI DARJAT MANUSIAWI

Sang pemilik hati menginginkan kepastian disebalik persoalan yang menyerabutkan akal fikiran. Hatinya itu terkadang tercalit rasa dukacita yang melampaui batas. Putus asa, rendah diri, jiwa terkongkong ingin keluar dan bebas dibelenggu kehidupan serba mengusik jiwanya. Namun semuanya lahir di kotak hati jiwa yang rawan ini sahaja.

Mohon Maha Karya Pencipta kehidupan manusiawi memberi erti pencerahan ibarat pelangi buat sang pemilik hati...InsyaAllah dengan izin Yang Esa...Aminnn

Sunday 6 December 2015

kosong

Aku hilang cerahan terang.
Masih mencari teraba-raba kiri dan kanan.
Terik mentari berpusar tanah hitam.
Kelam pekat kepagian...
Hujan renyai bayu semalam
Biar daku sepi dlm suram
Diam tanpa pesan
Hati kosong.kosong.kosong

Thursday 12 November 2015

Angin Syurga

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku..

Ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

Sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibirmu ..

Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi..

Monday 12 October 2015

INDAH LAGUNYA

قد كفاني علم ربي

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
 
ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
 Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Sunday 11 October 2015

diari rasa

Pertemuan yang tak disangka itu membuat hati rasa hiba..
Rasa sayu bertaut menukar duka derita..
Kini pasrah, biar memori hilang dalam sendu rasa..

Sebuah kehidupan itu ibarat perjalanan hidupku yang tak pasti hala tuju dunia.

Moga harapanku perjalan hidup sementara ini memberi keindahan buatku menempuhi kehidupan abadi kelak ku tempuhi nanti.

InsyaALLAH..semoga dipermudahkan

Wednesday 7 October 2015

peringatan buat pembaca semua

Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.

Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

 Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...

Monday 5 October 2015

manusia senyum

Diri ini mengukir senyum. Senyum barangkali punya makna berbeza. Memang sukar menafsirkan. Namun setiap dalam diri manusia mampu untuk menentukan definisi senyuman itu. Senyum sinis, senyum gembira, senyum tangis dan seumpamanya.

Kini aku hanya mampu tersenyun tanpa ucap kata dibibir. Kerna aku tahu semuanya telah berakhir. Mungkin perancangan Allah swt itu lebih baik daripada sangkaan akal kita yang sejengkal ini. Ku jua tahu kesabaran diatas ujianMU lebih bermakna dalam mematangkan manusia senyum ini.

Sekian.