Monday 31 December 2012

Bila adajiwa(cikgu) bicara CINTA buat anakanda bernama si dara


Usah engkau wahai anakku bernama si dara berani-berani menyemai benih-benih cinta. Sungguh engkau belum lagi tahu penangan buah cinta. Usah cuba-cuba bermain dengan cinta engkau sendiri akan menderita. Benar masanya belum tiba  menyemai benih cinta. Kelak padi yang engkau tanam lalang yang tumbuh. Usah jemu membuang benih suka pada seseorang yang jika engkau siram dengan kata-kata sayang akan menumbuhkan rasa mesra lama-kelamaan membesarlah pokok cinta. Sesudah akar cinta tumbuh engkaulah yang paling seksa untuk mengawalnya. Kerna dia belum sah menjadi milikmu. Usahakanlah mencabut benih mesra berlebihan pada seseorang jejaka yang  belum pasti menjadi milikmu. Cabut dan siramlah racun pada benih-benih mesra yang cuba tumbuh di tanah jiwamu. Jangan biar benih cinta tumbuh biar hanya untuk suatu hari. Sehari kau bercinta setahun kau akan menderita.


Biarlah engkau menangis hari ini kerna menyembur racun pada benih cinta daripada engkau menangis derita berpanjangan kerna pokok cinta dibunuh dengan racun dusta.  Nantikanlah tangisan bahagia di hari pernikahanmu nanti.  Simpanlah airmatamu yang cukup berharga,  amatamat tinggi nilainya untuk ditumpahkan pada yang benar-benar sah milikmu di hari persandinganmu. Saatnya akan tiba juga, bukan sekarang ini. Sabarlah dengan cinta. Biarlah air mata mengalir untuk saat ini membuang rasa cinta, kelak yang akan engkau temui adalah kebahagiaan. Biarlah sakit ini untuk sementara waktu, biarlah luka ini berlalu selari dengan waktu yang berjalannya sungai hayat kehidupan…
Perlahankanlah langkahmu kerna jika engkau jatuh dengan cinta kelak engkau sendiri menderita. Kawallah diri usah benarkan benih cinta dalam fikiran dalam jiwamu. Hapuskanlah benih cinta padanya tanamlah benih cinta padaNya. Jika engkau beri cinta padanya dia akan menyakitimu berikanlah cintamu padaNya dia akan mengasihimu lebih dari kasih seorang ibu pada bayinya.
bagaimana rasanya jika engkau sedang jatuh cinta…jika dia jauh engkau merasa sakit menahan rindu…jika ia dekat engkau merasa sakit ragu takut kehilangan…. padahal…ia belum halal untukmu…dan mungkin tidak akan pernah menjadi yang halal… maka…bangkit jauhilah cinta…binalah garis pemisah di jiwamu sempadan hitam dan putih pada fikiranmu teladan salah dan benar...



by Ada Jiwa on Tuesday, May 8, 2012 at 4:05pm 

Thursday 27 December 2012

Ke Khilafan Diri Ini

Selesai baca baru separuh pasal xxxxxx...antara dua tokoh Bakal Ahli Syuga

Kini ternyata jelas betapa kedilnya aku mengetahui aspek pelbagai ilmu duniawi serta ukhrawi

********************************************************

Baru ku tahu hal ehwal dunia semesta...
Kenapa aku sering terlewat
Adakah lalai menghimpitku...

Tersasarkah aku dari landasan 
Terbuangkah aku dari informasi
Teruncapkah rasa itu dan ini

Mungkin niat itu membantutku
Memikir akan indah
Mengangap semuanya susah
Jiwa yang tiada yang tenang ...
Terbuang 
Melayang!!!!

Dalam menongkah arus
Biar mata terpejam telinga mendengar
Teruskan
Cari apa yang mahu
Di cari
Pasti jumpa apa yang diingini..
Pasti...
Kehendak ILAHI...



Monday 17 December 2012

TULANG SULBI ( COCCYX )



Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu ?



Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)

Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.



KEJADIAN MANUSIA DARI TULANG SULBI

Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2 sel dan setiap sel masing2 membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor. Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).

Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).



TULANG SULBI TIDAK AKAN HANCUR

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti biasa.

Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya.

Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27).

Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.

Begitulah serba sedikit info berkaitan tulng sulbi yang dapat saya kongsikan bersumberkan rencana dari ruangan Fizikr dari Dr. Farhan Hadi Mohd Taib Majalah SOLUSI isu 19.

Disalin dengan sedikit ubahsuai darihttp://wansyu.blogspot.com/2010/06/rahsia-keajaiban-tulang-sulbi.html

Lain - lain artikel mengenai Fakta Tulang Sulbi :http://assabiel.com/?p=2525

JANTUNG MANUSIA @ QALBU

Marilah kita bersama-sama merenungi kisah menarik yang akan disebut di sini, yang dipetik menerusi Daily Mail bertarikh 10 April 2008 yang lepas. Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun yang lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh d
isiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.

Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa. Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.

Suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Mr. Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Mr. Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu diikuti oleh suami barunya itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa. Akhirnya, beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu. Lalu matilah Mr. Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu.

Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini. Kes ini bukan kes terpencil kerana beberapa kes lain yang direkod mempunyai persamaan dengan kes ini. Satu persoalan yang timbul ialah: Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu, atau, kedua-dua peristiwa tersebut ada kaitannya? Adakah jantung mempunyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru.

Mengikut fahaman positifisme Barat, jantung hanyalah satu organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan. Adakah pandangan itu benar?

Sekarang marilah pula kita merenungi sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya, atau telinga mereka mendengar dengannya, Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada” (al-Hajj, 46).

Dalam ayat di atas disebut “Qulub la ya`qilun biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Qur’an menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berbendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun al-Qur’an menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.
Rujuk Artikel Dr. Maza :
1) http://drmaza.com/home/?p=1084 dan
2) http://drmaza.com/home/?p=1136


Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung. Dalam masyarakat Melayu, qalbu dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.

Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuat komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak. Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.


Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks tindakbalas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.


Pendengar yang budiman boleh merujuk tulisan seorang pengkaji Amerika yang bernama Rolin MacCarty daripada Institut HeartMath untuk maklumat yang lebih lanjut tentang perkara ini.


Seorang professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi pemenuan sel memori dalam jantung manusia. Pendengar yang budiman boleh mendapat maklumat lanjut menerusi bukunya yang bertajuk The Heart’s Code terbitan Broadway.


Dalam kes lain yang dilaporkan professor tersebut, seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya. Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung tersebut. Apabila ibu pemuda mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut, tiba-tiba menangis sedih kesayuan apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.


Etika turut dikaji secara bersepadu dalam sains Islam. Sains bukan ilmu yang terpisah daripada paksi tauhid umat Islam tetapi merupakan satu cabang yang memperkuatkan paksi itu. Dalam etika perubatan Islam, persoalan seperti pemindahan anggota, kematian otak, pengguguran bayi, teknologi rawatan rapi dan seumpamanya bukan sahaja berkaitan dengan etika tetapi juga syariah dan hukum.


Dalam persidangan ulama di Jordan tahun 1986, kematian otak atau brain death diterima sebagai alamat kematian walaupun sebahagian ulama tidak sependapat. Dengan demikian, di Arab Saudi misalnya, pemindahan buah pinggang boleh dilakukan apabila kematian otak penderma telah disahkan doktor yang amanah.


Pengguguran kandungan selepas bayi bernyawa dilarang sama sekali dalam syariah. Hanya pengecualian dalam keadaan yang ketat sahaja diberikan apabila nyawa si ibu dalam keadaan terancam, iaitu apabila pilihan nyawa ibu atau nyawa bayi perlu dilakukan seperti dalam kes ibu yang mengalami rawatan kemoterapi. Rawatan ini berkemungkinan menyebabkan keguguran. Sesungguhnya, seseorang doktor Muslim memberikan khidmatnya kepada masyarakat dengan penuh amanah dan tanggungjawab sosial yang berupa ibadat umum, dalam kerjaya hariannya. Alangkah indahnya apabila umat Islam yang memerlukan perkhidmatan kesihatan dilihat oleh doktor Muslim yang bertakwa sebagai sumber kebajikan dan akan dibalas di Akhirat nanti.


Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari :http://www.kesturi.net/archives/433

NAJIS MUKHAFAFAH






PENGERTIAN 


Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu ibunya (susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

CARA-CARA MENYUCI NAJIS MUKHAFAFAH 

Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.
Sumber : http://kelasiqra.tripod.com/jenis-najis.html

* * *


Syariat Islam terbina di atas hikmah Ilahi menerusi fitrah kejadian manusia. Lelaki dan perempuan bukan hanya dibezakan dengan ciri biologi semata-mata bahkan berbeza secara fitrah kejadian dan hikmah fungsi kedua-duanya gender dalam kelangsungan hidup di bawah bayangan syariat. Anak ialah anugerah Ilahi kepada manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua anugerah Ilahi itu harus disyukuri. Setiap mereka ada kelebihan tersendiri. Bayi lelaki dan bayi perempuan mempunyai perbezaan tersendiri. 

Marilah kita merenungi hakikat perbezaan ini menerusi contoh yang seterusnya. Perbezaan ini, antaranya ialah tentang kandungan kencing kedua-dua bayi itu sebelum umur mereka mencapai dua tahun yang hanya bergantung kepada susu ibu. 

Perhatikan satu hadith saw yang yang bermaksud: Umm al-Qais menceritakan bayi lelakinya yang belum mencapai dua tahun dibawa kepada Rasulullah saw lalu bayi itu kencing di atas pakaian baginda; baginda meminta air lalu merenjis pakaiannya yang terkena kencing tetapi tidak membasuhnya, (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud).

Demikian pula diceritakan oleh Umm al-Fadl bahawa al-Husain bin Ali kencing di atas riba Rasulullah saw lalu aku bertanya, lalu dijawab oleh baginda air kencing kanak-kanak lelaki hanya perlu direnjiskan air dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh (riwayat Ahmad).

Kaedah menyucikan kencing kedua-dua bayi lelaki dan perempuan yang berbeza itu tentulah ketentuan syariah yang ada hikmahnya. Dalam fiqh, kencing kanak-kanak lelaki dianggap najis ringan atau mukhaffafah, berbeza dengan air kencing perempuan. 


KAJIAN SAINS 

Dua orang saintis Muslim dari Universiti Duhuk Iraq yang bernama Asil Muhamamd Ali dan dan Ahmad Muhammad Saleh cuba menyelami kemungkinan hikmah yang ada di sebalik dua hukum yang berbeza itu.

Mereka mengkaji seramai 35 bayi lelaki dan 38 bayi perempuan. Air kencing mereka dianalisis khususnya analisis yang berkaitan dengan kandungan bakteria. 

Kanak-kanak itu dikelaskan kepada umur masing-masingnya sebulan, dua bulan, tiga bulan dan seterusnya dengan anggapan semakin muda usianya mereka semakin bergantung kepada susuan ibu sebagai makanan mereka. Mereka menumpu perhatian kepada bacteria escherichia coli. 


Keputusan yang diperoleh ialah seperti yang berikut:

a) Bagi usia 30 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 95% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki. 

b) Bagi usia 60 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 91% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki. 

c) Bagi usia 90 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 93% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki. 

d) Bagi usia melebihi 90 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 69% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki.


Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan semakin berkurangan apabila umur meningkat manakala kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki semakin meningkat dengan peningkatan umur.

Menurut kedua-dua pengkaji Muslim itu, hakikat saintifik yang terlindung di sebalik syariat Islam berkaitan dengan air kencing bayi menunjukkan syariat Ilahi sangat sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sebagai Muslim, tentulah kita yakin bahawa Pencipta yang mencipta manusia lebih mengetahui tentang fitrah kejadiannya lalu syariat diturunkan berdasar fitrah itu.

Lelaki dan wanita daripada anak Adam as berbeza sesuai dengan fitrah kejadian masing-masing. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur’an apabila ibu Maryam yang menyangka melahirkan anak lelaki tetapi bayi perempuan, yakni Maryam yang dilahirkan.

“Tatkala ia melahirkannya lalu ia berkata Tuhan-ku, aku telah melahirkan bayi perempuan, sedangkan Allah lebih mengetahui bayi yang dilahirkan itu, dan bukanlah sama lelaki dengan perempuan, dan sesungguhnya aku namakannya Maryam…” (Ali-`Imran, 36).

Lelaki dan perempuan mempunyai keistimewaan masing-masing. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki yang lainnya, ibarat tangan kiri dan tangan kanan, seperti kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-duanya tidak sama tetapi sepadan yang diperlukan kedua-duanya untuk melangkah ke hadapan. Namun dari segi amanah dan tanggungjawab serta perintah mencari ilmu kedua-duanya diberikan hak yang sama oleh Islam sejak dahulu.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat Ilahi, sama ada kita dilahirkan sebagai seorang lelaki atau seorang perempuan. Kedua-duanya mempunyai amanah dan peranan. Perjalanan yang jauh itu memerlukan langkah yang teratur, kiri dan kanan.

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari :http://www.kesturi.net/archives/433

Pendengaran dan Penglihatan

MENGAPA SEBUTAN PENDENGARAN MENDAHULUI PENGLIHATAN DI DALAM AL-QUR’AN ? ( Bahagian 1 )


Allah, Yang Maha Kuasa berfirman:


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak ada bagimu ilmu/pengetahuan; Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya/dipertanggungjawabkan” (Al-Isra’ 17:36).

“Dan tidaklah kamu dapat menyembunyikan (kemaksiatan kamu) , bahawa akan memberikan kesaksian pendengaran, penglihatan-penglihatan dan kulit-kulit kamu, bahkan kamu menyangka Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukankan”. (Fusilat 41: 22).,

“Katakanlah (Muhammad): ‘ Terangkanlah kepadaku, jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan kamu, serta ditutup hati kamu, siapakah tuhan selain dari Allah yang dapat mengembalikan mereka kepada kamu’ “? (Al-An’am 6:46)


Apakah kemungkinan alasan di sebalik sebutan “mendengar” mendahului “melihat” dalam Al-Quran ?

1 – Pendengaran terbentuk lebih dahulu sebelum penglihatan di peringkat embrio, dan ia adalah deria pertama yang berfungsi dalam kehidupan. Fungsi pendengaran akan bermula pada bayi selepas kelahirannya, tidak sepertimana mata yang tidak berfungsi di saat bayi dilahirkan.

Dengan kata lain, Allah SWT menyatakan kepada kita bahawa pendengaran berfungsi pada awal bayi. Jika suatu bunyi gangguan dihasilkan berhampiran bayi yang baru lahir, dia merasa ketakutan dan menangis. Tapi jika tangan mendekati bayi yang sama, ia tidak bergerak atau tidak merasai bahayanya.

2 – Telinga lebih disukai dan lebih unggul dari mata, kerana ia tidak berhenti berfungsi semasa tidur. Sejak mula kehidupan, telinga befungsi selepas sahaja kelahiran, sementara beberapa organ lain mengambil masa beberapa hari atau tahun untuk berfungsi.

Mata memerlukan cahaya untuk melihat. Sinar cahaya yang terpantul pada objek-objek, kemudian masuk ke mata untuk melihat objek tersebut.. Jika gelap, mata tidak boleh berfungsi, tetapi telinga boleh berfungsi siang dan malam.

3 – Telinga adalah penghubung antara manusia dan dunia. Ketika Allah Yang Maha Kuasa menetapkan bahawa manusia di dalam gua tersebut tidur beberapa ratus tahun, Allah berfirman;

“Kemudian Kami tutup telinga mereka di gua itu selama beberapa tahun ” (Al-Kahfi 18: 11)

Oleh kerana itu ketika telinga tidak fungsi, orang di dalam gua tersebut tidur ratusan tahun tanpa gangguan apapun. Pergerakan bising di siang hari, berbanding dengan keheningan malam, menghalang manusia untuk tidur nyenyak. Namun, telinga tidak pernah tidur atau kehilangan perhatian.

Di dapati sebutan pendengaran mendahului penglihatan dalam Al-Quran, kecuali dalam satu ayat yang berkaitan hari kiamat di mana Allah SWT berfirman:

“Dan seandainya kamu melihat oranng-orang yang melakukan dosa menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan Pencipta mereka, (mereka berkata) wahai Tuhan kami , kami telah melihat dan kami mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan amal kebajikan , sungguh kami adalah orang –orang yang yakin”. (As-Sajdah 32: 12)

Dalam ayat ini saja Allah mendahulukan perkataan “melihat” daripada “mendengar”, apabila keadaan ngeri dan dasyatnya hari kiamat diperlihatkan kepada khalayak manusia sebelum didengari. Allah Yang Lebih Mengetahui.
.
Terjemahan artikel: What is the reason behind advancing hearing over sight in the Holy Quran? – Dr Sharif Kaf Al-Ghazal

http://www.quranandscience.com/
Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :http://assabiel.com/?p=2387

MENGAPA SEBUTAN PENDENGARAN MENDAHULUI PENGLIHATAN DI DALAM AL-QUR’AN ? ( Bahagian 2 )


Suatu Perkara Lain Yang Menarik


Didapati juga perkataan mendengar/ telinga selalu disebut dalam bentuk tunggal ,sementara perkataan penglihatan/mata dalam bentuk jamak/banyak. Allah berfirman:

“Dan tidaklah kamu dapat menyembunyikan (kemaksiatan kamu) , bahawa akan memberikan kesaksian pendengaran, penglihatan-penglihatan dan kulit-kulit kamu, bahkan kamu menyangka Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukankan” (Fusilat 41: 22).,

” Katakanlah (Muhammad): ‘ Terangkanlah kepadaku, jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan-penglihatan kamu, serta ditutup hati-hati kamu, siapakah tuhan selain dari Allah yang dapat mengembalikan mereka kepada kamu’ “? ( Al-An’am 6:46)

Mengapa dalam Al-Quran sebutan perkataan “pendengaran/telinga” adalah tunggal sedangkan “penglihatan ” adalah jamak/banyak? Mengapa tidak disebut “pendengaran-pendengaran dan penglihatan-penglihatan “, atau “pendengaran dan penglihatan”? Allah Yang Maha Kuasa, dengan ekspresi yang jitu menjelaskan kepada kita ketepatan Al-Quran.

Deria penglihatan boleh dikawal oleh manusia, kerana ia boleh memilih sama ada mahu melihat atau tidak. Manusia dapat memejamkan matanya untuk hal-hal yang dia tidak suka untuk melihatnya. Tetapi ia tidak boleh melakukan hal yang sama dengan deria pendengaran, kerana ia tidak mempunyai kawalan ke atas telinga apakah ia ingin mendengar atau tidak.

Dengan kata lain, ketika seseorang berada di sebuah bilik di mana sepuluh orang bercakap, suara mereka akan sampai ke telinganya, sama ada dia mahu mendengar atau tidak. Deria penglihatan berbeda di antara seseorang dengan yang lain; Seseorang melihat sesuatu sementara yang lain melihat sesuatu yang lain kerana kelainan yang berbeza penglihatan/ pandangan, sementara orang lain menutup mata dan tidak melihat apa-apa. Bagi pendengaran, kita semua akan berkongsi mendengar suara yang sama jika kita berkumpul di satu tempat.

Oleh kerana itu mata bervariasi pandangan /penglihatan tetapi telinga tetap tunggal.

Terjemahan artikel: What is the reason behind advancing hearing over sight in the Holy Quran?- Dr Sharif Kaf Al-Ghazal

http://www.quranandscience.com/

golongan yang mendapat naungan Allah

Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia.. bayangkan betapa panasnya pada ketika itu.. Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia.. Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih.. Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.

Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh.. Ada yang peluhnya hingga ke buku lali. Ada yang peluhnya hingga ke betis.. Ada yang peluhnya hingga ke lutut.. Ada yang peluhnya hingga ke pinggang.. Ada yang peluhnya hingga ke pusat.. Ada yang peluhnya hingga ke dada.. Ada yang peluhnya hingga ke dagu.. Ada yang peluhnya hingga ke bibir. Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar.. Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4.Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya

Semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu... AMIN

Saturday 1 December 2012

Lagu Perpisahan ini ❤❤ 1st Edition ft Aizat





Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Shahir - Pendam




Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Friday 9 November 2012

KASUT

kasut

kau ada tapi tak ada
kau wujud tapi tak wujud
kau tersusun di sana
banyaknya kaum kerabatmu
bersepah sana sini

kasut

biar sendiri kau situ
memang sepi dari kasih
bila yang baru ada
kau dibiarkan sendiri
sendiri menahan rasa
mula rasa dengki
tapi menginsafi
dia juga kaum kerabatmu
kau cerminan dirinya

kasut

kau baru asalnya
tapi bila dia datang
tiada nilai baru lagi untukmu
kau sepi dibiarkan sepi
kau lusuh biarkan menjadi lusuh
hanya hati yang rasa
dia dah tak suka akukah
walaupun punya yang lain
kenapa aku disimpan 
berikan aku pada yang berhak!

kasut

kini kau tak kisahkan lagi
biarlah dirimu sendiri
asal tak sepi dari kasihNYA
mungkin aturan hidupmu
sememangnya sebegitu
ada kasih tapi terbuang
kasih sudah bertukar arah
aturan ALLAH cukup indah
indah  bagi sesiapa yang merasakan ia indah
ianya rasa dari hati bukannya lidah...


         
     

kesepian




senyap sepi tanpa kata
biar duka ini menyelimuti diri
hilang pergi dibawa arus deras
pergi tanpa sedar dibawa langit yang teratas
kadang dalam sedar tahu hakikat sepi
bisu itu memaksaku membuang ingatanku
terperosot jauh 
tapi hanya ibarat hayalan imaginasi
sentasa hadir dan pegi
namun imaginasi itu kerap datang lagi kembali
susah untuk buang ingatan memori ini
bisu diam kesepian
mohan hati menginsafi
agar detik hati kembali
implikasi besar menanti
menyendiri padanya
sungguh taubat nasuha
agar hati berpintah pada maha esa
moga setiap pengorbanan
sentiasa dalam redhanya..


maafkanlah aku melukakanmu




maafkanlah aku melukakanmu

bukan maksudku untuk buatmu tersentuh hati
mungkin kerna prinsipku begitu
memang benar diri sukar didekati
mana-mana orang yang walaupun kawan atau musuh

maafkanlah aku melukakanmu

luka hati tiada siapa yang tahu
kecuali maha mengetahui
harapanmu hatimu reda amarahmu terhadapku
bukan madsudku untuk melukakanmu
namun terpaksaku lakukan
demi rasa jiwa yang aku anggap benar 
dari sudut hatiku

maafkan aku melukakanmu

jika raut wajah pintamu
apa ada dayaku
mungkin itu harapanmu
tapi tidak bagiku
rasa kesalmu dengan kemahuanmu
namun aku kuat dengan prinsipku
bialah masa yang menentukan sesuatu


ALLAH maha mengetahui tiap sesuatu atas kemahuannya
 akan memberi faedah yang sempurna tanpa disedari kita



Thursday 8 November 2012

Lirik Lagu Opick – Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini