Saturday 28 January 2012

kata-kata indah paste from facebook

Baca itu fikir. Buku paling agung adalah dirimu. Baca dan fikirlah dirimu. Separuh isi buku adalah masa lepasmu. Ulang semula dan teruskan membaca, nampakkan kembali masa lalumu. Dan akan kau temui segalanya bergerak dan berubah. Kini di mana dirimu. Ya berubah dan terus berubah. Dan sekarang kau temui dirimu. Ohh buku paling agung adalah dunia dirimu sendiri. Bukan karanganmu bukan!!

Tulang rusuk Adam yang hilang,biarlah dia yang datang mencarinya sendiri.Hawa pula,tunggulah dan bersabarlah..tak perlulah kamu yang mencari Adam.Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang,dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti.Apa yang boleh kamu usahakan ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama,beramal dengan agamanya dan baik akhlaknya.


Ketahuilah.. Jarak antara kita dan syurga tak jauh.. Sekali leher kita ditebas di medan jihad, terus kita berpindah ke tempat impian itu

hati ni macam gigi, kena gosok tetiap hari...cuba kalo sehari tak gosok gigi, jadi apa?

burung unta tak penah sedar yang dia tingi...nasib baik dia sedar yang dia takle terbang.....kalau tidak susah juga nak mengawal nya.

Usah risau bila engkau tidak memahami orang, 
risaukan bila orang semakin tidak memahamimu..
engkau tidak mampu memaksa orang memaafkanmu, jiwamu lebih tenang setelah engkau belajar memaafkan..

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"

besarnya nilai doa ini yang selama ini kita main2 kan.
Doa duduk antara Sujud yang kita   selalu baca laju2..

tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
doa yg bermakna bagi yang bertauhid.



وَلَيَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya denga tudung kepala mereka. 
(Al-Nur:31 )

Allah SWT memerintahkan perempuan beriman supaya melabuhkan, melingkupi tudung serta menutup kepala sehingga ke bahagian leher dan dada. jangan dibiarkan ianya terdedah sebagaimana perangai perempuan jahiliah

‎...janganlah kau berikan cintamu kepadanya, dia akan menyakitimu, berikanlah cintamu kepadaNya, Dia akan menyayangimu..

Segala sesuatu telah HARUM mana lagi busuknya, ohh WANGI telah MELIPUTI RASA kasih hanya ada WANGI.

Tatkala rasa KASIH di lubuk yang dalam menerbitkan WANGI binasalah RAGU tiada BAU yang tidak menyenangkan di pandanganku hanya BAIK dan INDAH jua kerna maha SEMPURNA melakukan yang TERBAIK jua adanya..


Sunday 1 January 2012

Si miskin, kaya tak terkecuali ujian Allah

FIRMAN Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah, 216)


Sesungguhnya, menjadi tabiat manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang ada pada diri sendiri dan berasakan dalam hidup sentiasa mempunyai kekurangan.


Malah, apabila ditimpa kegagalan atau mendapat musibah, secara tidak sedar, hati kita cepat mengeluh mengenai perkara yang menimpa kerana berasakan kita antara insan paling malang di dunia.


Namun ketahuilah, sesungguhnya setiap perkara yang menimpa kita sebenarnya adalah takdir yang ditentukan Allah SWT berdasarkan kemampuan seseorang.


Walaupun sesetengah manusia diberikan Allah SWT pelbagai nikmat dunia, sebagai manusia yang beriman kepada Allah, kita perlu sedar bahawa kesenangan itu bukan juga bermakna Allah SWT tidak menguji seseorang itu.


Dalam kehidupan manusia, Allah SWT menguji hamba-Nya menerusi dua cara berbeza iaitu pertama menerusi keburukan, kesusahan atau musibah, dan cara kedua pula menerusi kebaikan atau kesenangan hidup di dunia.


Namun, menjadi lumrah hidup manusia, apabila kita melihat orang lain senang, kita beranggapan nasib kita sungguh malang.


Antara contoh paling mudah, kita melihat paras rupa sebagai ukuran, terutama apabila melihat diri tidak secantik orang lain serta menganggapnya sebagai kelemahan yang ada pada diri dan mengeluh mengenainya.



Malah, apabila kita melihat hidup orang lain penuh kemewahan dengan pangkat atau pelbagai harta dunia, kita sering tertanya-tanya mengapa pula kita tidak dilahirkan dalam kehidupan mewah serta berjaya atau paling tidak, menjadi semewah mereka.


Perlu kita sedar, antara cara Allah menguji hamba- Nya adalah dengan nikmat di dunia. Ini kerana, dengan nikmat yang kita dapat di dunia, tidak mustahil kita terjerumus ke dalam pelbagai perkara tidak baik.


Antara buktinya, dengan rupa paras elok, kita mungkin mudah terjerumus dengan maksiat atau zina, dan dengan pangkat serta harta kekayaan pula kita mungkin bersifat bongkak selain boros berbelanja.


Peringatan Allah mengenai perihal manusia yang diberikan nikmat Allah ada dinyatakan dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud: “Dan ingatlah, tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab- Ku amatlah keras.” Jelas bahawa Allah sangat tidak menyukai hamba-Nya yang dilimpahkan dengan kenikmatan namun tidak bersyukur, sebaliknya menyalahgunakan nikmat berkenaan, apatah lagi dengan kenikmatan itu, mereka dengan sewenang-wenangnya membuat bencana, kemungkaran dan maksiat.


Lantaran itu ingat, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa diberikan Allah kepada hamba-Nya.


Namun, bersyukur itu tidak bermakna kita membiarkan diri terus melarat dalam kepompong kedaifan, sebaliknya kita usaha supaya paling tidak sekalipun, kita mampu menyediakan keperluan mencukupi untuk isteri dan anak.


Jangan pula kerana terlalu ingin menunjukkan kita reda dengan ketentuan Allah, kita biarkan hidup melarat hinggakan untuk menyediakan keperluan makanan ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.


Sesungguhnya, itu pula adalah sikap pemalas yang tidak disukai Allah, sedangkan mempunyai kudrat mencukupi untuk mengubah nasibnya.


Oleh itu, kita nilai keadaan diri di mana tahap kita berada. Tidak salah mempunyai kekayaan dan pangkat asalkan tahu bersyukur dan melaksanakan kewajipan yang dinyatakan secara jelas di dalam Islam.

Janji sebagai amanah perlu ditepati

MENEPATI janji adalah amalan yang wujud dalam diri manusia sejak lahir lagi, yakni berbentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ini kerana, janji yang tersemai bukan saja dibuat sesama manusia, malah janji bersama pencipta, iaitu Allah SWT.
Namun, ramai tidak sedar apabila roh seorang Muslim ditiup ke dalam tubuh badan seseorang sewaktu dalam kandungan, wujud satu ikatan janji di antara Pencipta dan hamba-Nya.
Janji itu adalah berbakti kepada Allah SWT dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
Itu janji di antara hamba dan Pencipta dan sebagai khalifah yang dilantik mentadbir bumi, manusia juga terikat dengan tanggungjawab sebagai amanah atau janji yang perlu dilaksana.
Janji ini termasuk tanggungjawab pemerintah dengan rakyat, tanggungjawab Muslim terhadap agamanya dan paling mudah, tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan anak, tanggungjawab anak terhadap ibu dan bapa, tanggungjawab guru terhadap pelajarnya serta tanggungjawab pekerja terhadap tugasnya.
Tanggungjawab ini sebenarnya tergolong dalam amanah yang perlu dilaksana. Amanah ini pula diterima sebagai janji sama ada secara lisan, bertulis atau sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah Surah Al-Mukminun ayat 8 hingga 11, bermaksud: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya.” Disebabkan itu, apabila kita gagal melaksanakan janji, akan merosot iman dan jauh dirinya daripada ketakwaan kepada Allah SWT.
Menepati janji atau tanggungjawab adalah tuntutan syarak, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israk, ayat 34, bermaksud: “Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah dan dengan manusia, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” Namun, pada masa kini, ramai melihat kedudukan amanah, tanggungjawab dan janji dalam kedudukan berbeza. Sedangkan ketiga-tiga perkara ini sebenarnya ikatan janji yang perlu dilaksanakan setiap manusia.





Apabila seseorang itu meringan-ringankan janjinya atau gagal menepatinya, masuklah dia dalam golongan manusia munafik yang dibenci dan dimurkai Allah SWT sebagaimana firman- Nya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Al-Saff, 2-3) Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong dan apabila berjanji, dia mungkir dan apabila diamanahkan, dia khianat.” Perlu diingat dan diketahui, munafik adalah sifat sangat keji dan balasannya pula sangat berat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 145, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu ditempatkan pada tingkat terkebawah sekali daripada lapisan-lapisan dalam neraka. Dan tidak sekali-kali akan mendapat pertolongan daripada sesiapapun.” Sebenarnya, agama Islam banyak menunjuk ajar dan melatih kita bagaimana untuk menepati janji tetapi mungkin kita tidak menyedarinya. Cuba kita lihat ibadat sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam, dengan ditentukan waktunya sekali.
Bukankah kita dikehendaki melakukan solat itu dalam waktunya? Ini bermakna ia perjanjian hamba dengan Allah SWT dan hamba itu wajib mentaati perintah-Nya. Jika perintah ini dapat kita lakukan, tentu kita boleh mendisiplinkan diri ke arah menepati janji.
Memandangkan janji itu satu amanah dan mungkir janji pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar, agama Islam menentukan adab yang perlu diikuti apabila membuat janji seperti mengucapkan lafaz insya- Allah apabila berjanji.

Amanah penawar penyakit masyarakat

FIRMAN Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak-anak Adam (manusia) dan Kami berikan mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka atas banyak makhluk yang telah Kami jadikan.” (Al-Israk, ayat 70)


Sesungguhnya, Allah menjadikan manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya yang terhebat dan sempurna berbanding makhluk lain yang dicipta oleh-Nya.


Disebabkan itu juga, sewaktu penciptaan manusia iaitu Nabi Adam AS, Allah menyeru kepada makhluk yang ketika itu paling mulia, yakni malaikat untuk tunduk kepada Adam AS sebagai membuktikan tingginya darjat serta kemuliaan manusia.


Ini kerana, manusia diciptakan Allah sebagai antara makhluk paling unik iaitu mempunyai nafsu serta akal dalam masa sama, untuk membuktikan mereka dapat beramal kepada Allah SWT walaupun digoda dengan bermacam nikmat.


Lantaran itu, Allah SWT meletakkan manusia sebagai khalifah di muka bumi serta dipertanggungjawabkan bagi memakmurkan dunia untuk kesejahteraan kehidupan seluruh umat manusia.


Namun, walaupun darjat penciptaan manusia tinggi di sisi Allah, perlulah kita ketahui ia dinilai oleh Allah berdasarkan amalan yang dilaksanakan seseorang itu.


Darjat setiap manusia pasti berbeza di mana ada yang tinggi serta ada rendah. Darjat di sisi Allah bukanlah diukur dengan harta kekayaan, pangkat, kepandaian atau kuasa, sebaliknya menerusi sifat terpuji yang ada dalam diri mereka.


Antara sifat terpuji itu amanah dan jujur yang menjadi benteng kukuh bagi menghindarkan manusia melakukan segala bentuk amalan keji lagi hina.


Sifat amanah dan jujur perlu disemai dan dibajai dalam proses pendidikan serta pembentukan peribadi Muslim supaya segala tindakan atau amalan yang dilakukan lahir daripada hati suci murni serta bersih.


Sifat amanah mempunyai nilai yang tinggi darjatnya dalam Islam dan ia perlu dipelihara dan dihayati dalam segala tata cara kehidupan umat Islam merangkumi tanggungjawab manusia terutamanya terhadap melaksanakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya.


Sesungguhnya amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia satu tugas berat yang tidak dapat dilaksanakan makhluk lain, seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 72 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menyerahkan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, maka semua enggan memikul amanah ini dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah ini oleh manusia. Sesungguhnya manusia ini amat zalim dan jahil.” Tanggungjawab melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-Nya ini merangkumi semua perkara dalam aspek urusan harian manusia. Paling utama, perlu kita ketahui amanah yang pertama yang perlu diutamakan adalah dalam melaksanakan perintah Allah berbanding kepentingan lain.


Kemudian, diikuti dengan penyempurnaan serta pemeliharaan hukum Allah dalam semua tempat dan keadaan.


Dengan menjaga serta menyempurnakan hukum Allah ini, barulah seseorang itu akan dapat menjaga keseluruhan anggota lahiriah dan batiniah daripada segala amalan keji dan hina.


Secara tidak langsung juga, ia akan menghindarkan diri seseorang itu daripada melakukan kemungkaran dan mencegah kemungkaran sesama manusia.


Perlu diketahui, orang yang bersifat amanah, jujur dan ikhlas tergolong dalam ciri kesempurnaan iman seperti yang dijelaskan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah.” Pentingnya sifat amanah dalam kehidupan masyarakat manusia adalah sebagai penawar bagi mengatasi krisis masyarakat yang kebanyakannya berpunca daripada sikap tidak amanah satu sama lain.