Saturday, 31 December 2011

perlu cinta


haruskah kau pemdam kan rasa itu
bagilah aku satu lagi peluang
kini kita sama
merasai waktu itu berdua
hargailah aku 
kutahu kau adalah cintaku
yang ku selalu tunggu-tunggu 
pahamilah diriku ini
sungguh cinta aku rasa
saat mata bertemu dulu
percaya cinta itu milik kita
tak bisakah sayang
miliki cinta itu
pasti ada antara kita rasa itu
milikilah bersama
ku pasrah segalanya
semuanya sudah ditentukan tuhan...

Friday, 30 December 2011

cintaku...
hadirmu hanya sekejap cuma,
tapi kasihmu masih mekar dijiwaku, 
aku masih mengingatimu,
selalu terbayang kata-kata manismu itu,
harap hadir kasih yang hilang itu...

cintaku...
mungkin bagimu diriku ini bukan siapa-siapa,
hanyalah sebagai rakan biasa-biasa,
teman bosanmu tika resah hatimu,
ku mengerti diriku ini cuma masa lalumu,
kenyataan yakni pasti harus ku semat kedalam sudut hatiku...

cintaku...
aku harapkan kau bahagia sentiasa,
berjaya capai cita-citamu itu,
kejar ilmu kejayaan dulu,
sayang janganlah lagi kau ingat masa silam itu,
ingatlah tuhan itu selalu disamping kita, kau dan aku....

cintaku...
aku doakan kau selalu,
semoga kejayaan disampingmu,
pasti nanti kau akan ada untukku,
meskipun kau tidak tahu,
aku yang jauh masih mencintaimu...

Wednesday, 28 December 2011

BUKU
dirimu dirujuk berkali-kali
pada sang pencinta ilmu
memandang tidak pernah rasa jemu
tersenyum saat perlukanmu
memelukmu saban perlu

BUKU
hadirmu mengilang bosanku
dirimu memberi erti buatku
saban waktu
hari-hari kita ketemu
setia berjanji bersatu
mengolah seribu serba satu
harapanmu harapanku

BUKU
walau sayang ku damba darimu
tidak cukup dengan satu
ku perlukan banyak buku-buku
moga bertambah segala ilmu 
harapku kekal ku denganmu
sentiasa menjadi panduanku

BUKU
kenapa kini
dirimu tidak lagi ku cari
pelik dengan diriku
kenapa jadi begitu
mungkin sebab
zaman kini seba moden
jadi keperluan internet jadi pilihanku kini


SELAMAT TINGGAL BUKUKU


pintaku untukmu

ku sedar
sangat ku mengerti
kenapa terjadinya sebegini
maafkan untuk segalanya

ku tahu
semuanya salah
berpunca daripadaku
maafkan aku
perpisahan ini terjadi

pohonku
agar kau menerima ku kembali
ku akan menunggumu
kepulanganmu di nanti

sayangku
mengertilah kasih
dulu
egoku sangat tinggi
perpisahan yang ku pinta
tak ingin berjumpa

setelah ku sedar
kini ku akui
sebenarnya ku ingin kamu disisi
mengaharapkan kau kembali

tapi
harapanku
kau mengertiku
kau selalu di hati...
walaupun ku tahu
diriku tidak lagi wujud untukmu......

Monday, 26 December 2011

apanya??

kau memberi aku rasa

rasa ingin dicinta

dicinta oleh manusia

manusia yang ikhlas

ikhlas itu apa

apa yang di cipta untuk kita

kita hadir sebenarnya keranaNYA

kerana itu harus kita setia

setia pada yang mencipta cinta

cinta sejati itu pasti

pasti ada cinta itu

itulah rasa sayang

sayang pada yang kasih

kasih pada yang satu

satu dalam jiwa

jiwa terasa bahagia

bahagia bagi yang rindu

rindu sang kekasih

kekasih hatiku

hatiku milikmu tuhan

tuhanku ALLAH....

Friday, 9 December 2011

faedah kata-kata



usah indah hanya di lidah,
buktikan perbuatan indah lagi memberi berfaedah....

sungguh indah langit yang biru,
setenang air damai selalu,
hatiku tertusuk sembilu di kalbu
mencari kasih yang hilang dulu.......

musuh yang memusuhimu dengan terang-terangan adalah lebih baik daripada kawanmu yang palsu....

separuh kepintaran anda telah hilang tatkala anda berkata-kata yang tidak berfaedah......

keindahan adalah kedamaian, hanya damai jiwa cintakan keindahan
seni itu indah damai lagi mendamaikan jiwa nan resah..

manusia membenci kebenaran, maka tak jumpa jalan penyelesaian.....

“Aku melihat ada Islam di Barat tapi tak ada Muslim, dan ada Muslim di Timur tapi tak ada Islam”. - Syed Qutub. Fikir-fikirkanlah.....

Tuesday, 6 December 2011

carian cahaya

Tidak ku ketemu jalan pulang
Tidak ku nampak jalan yang terang
Benarkah telingaku tuli menerima kebenaran


Kenapa hanya sekejap rasa insaf ini
Kenapa aku sentiasa dalam kerugian
Kenapa mudah lupa akan kebenaran


Sombongkah aku
Dalam melawan arus duniawi kini
Bukanlah pasrah tapi tidak jujur pada diri


Baiki diri 
Sedar salah sendiri
Jangan tunding jari tinggi diri


Ingatilah daku selalu
Dorongilah aku dengan kata-kata indahmu
Damaikanlah dewa dalam hatiku


Sesuci kasih yang satu
Sentiasa disisi tiap waktu
Cinta kasih abadi darimu
Agar keinsafan dalam hatiku selalu

Saturday, 3 December 2011

warna

merah umpama darah yang memancar
sakit yang amat dalam
semacam sukar untuk di ubati mungkin tidak


kuning umpama sang matahari yang sentiasa meyinar
kadang kala warnanya terang menyilau mata
aman jika sang bulan muncul waktu malam


biru ketenangan menyihir penglihatan
cantik alam pantai menerjah sudut hati
tetapi hilang takkala manusia membuat onar atas lautan


putih jiwa kelihatan dikesan dari perbuatan
anak kecil yang lahir ibarat suci
didik ibubapa kenapa dipersalahan tika nafsu akal menguasai

hijau membawa kedamaian
pokok hutan semakin pupus 
haiwan tiada mengacau penduduk

hitam menawan pandangan
bukan membawa renjaman
sekali pandang sentiasa dalam ingatan