Sunday, 28 October 2012

MENGENAI TIGA HAL

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak akan kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.


Ada 3 hal yang tidak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

Tapi, ada 3 hal dalam hidup yang pasti, yaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Saturday, 20 October 2012

ANAK SOLEH


Bagaimana melahirkan anak soleh?
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
  1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
  3. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  4. Selalu membaca al-Quran di rumah
  5. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  6. Hidupkan budaya memberi salam
  7. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  8. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  9. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  10. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  11. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  12. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  13. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Thursday, 18 October 2012

awan gemawan

 Melihat awan ciptaan Allah dapat menghasilkan pahala dan damai di hati. Ianya kerana setiap hidupan yang dicipta Allah di dunia ini sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah. Kita ni bagaimana?



-informasi melayu kini-

tinta sebutir kasih sejuta sayang

Jodoh kita semua ketentuan.. bukan sengaja Allah nak rahsiakan..sebab bagi Allah andai sekadar kita kenalan belum di ijabkhabulkan itu bukan hak mutlak jodoh kita..sedangkan Allah beri peluang untuk kita mencari tapi Allah simpan hak untuk memiliki yang abadi...

Tuesday, 16 October 2012

solat fardu

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: http://khaulah-azwar.blogspot.com/

Kata-Kata Hikmah

‎"JANGAN TERBURU-BURU JATUH CINTA"

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya kita masih terlalu awam untuk mengerti apa makna cinta yang sesungguhnya.


Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika dalam diri kita masih tersimpan hawa nafsu yang justru akan merusak kefitrahan cinta.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika pada akhirnya kita hanya terbelenggu akan buaian-buaian keindahan sesaat.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika dibalik keindahan cinta justru akan membutakan mata hati kita.

Tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya masih banyak kita lihat mereka dengan bangganya memamerkankan cinta belum halalnya.

Dan tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta,
Jika kita belum terlalu kuat iman untuk menjalaninya yang justru memudarkan cinta kita kepada-Nya.

Bukan kita tak ingin untuk mendapatkannya,
Bukan kita tak suka untuk menjalaninya,
Bukan pula kita merasa sok suci akan diri kita.

Kita hanya bermaksud ingin menjaga cinta dengan sebaik-baiknya,
Agar cinta kita tak tertambatkan dengan sia-sia sebelum waktunya.

Lebih baik,

Kita bersabar dalam sebuah penantian,
Ketika saatnya telah tiba nanti,
Ketika hati kita telah siap dan kuat menjalaninya.

Kita hanya menunggu waktu yang tepat ketika memiliki cinta,
Serta mendapat orang yang tepat untuk kita miliki,
Dan juga beharap sebuah kehalalan saat menjalaninya.

Semoga bermanfaat.

Sunday, 14 October 2012

Apabila Kamu

✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#


✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD# dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK..






kelahiran

Andaikan jika kelahiran kalian ke dunia ini tidak melalui rahim seorang ibu.Bayangkan jika kelahiran anda itu daripada perut haiwan misalnya kerbau atau lembu.Apakah perasaan anda ketika ini?...

Namun maha kuasaNya Allah SWT...lahirnya kita daripada rahim seorang makhluk bergelar manusia yang kita panggil IBU...Jadi mengapa kita tidak belajar bertanggungjawab,hormat dan kasih-sayang kepada keduanya terutama ibu itu.Kalaulah bukan keluarnya dari rahim ibu itu sanggupkah anda dilahirkan daripada perut haiwan yang diketahui haramnya itu?...


Fikir-fikirkanlah wahai manusia-manusiawi...

Saturday, 13 October 2012

Dialah Juga Sebaik Baik Perancang

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..


Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..


Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..


Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..


Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..



Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..




Friday, 12 October 2012

cerita kanak-kanak

Cerita-kanak-kanak..
kerungsingan
sumber maklumat terhad
kabur-kabur lagi
tak berapa paham sangat
macam mana nie...


projek akhir TESIS nie...sangat mencabar

arkib sudah dijejaki
namun xjumpa juga maklumatnya

libry UMS libry SABAH pon samer
xde2 juga jumpe

sumber internet 
aduhai....


tolong lah maklumat datang dan kembalilah kepadaku...
pui3hahaha