Monday, 27 May 2013

COPY PASTE MOGA BERMANFAAT: Jom Sedekah??


Sekali sekala saya suka membaca updates di Facebook. Ada seseorang bertanya, apakah kenangan di hari jumaat? Saya teringat sebuah kisah yang menjadi titik mula kepada pembinaan peribadi ahli syurga. Saya ingin pesan pada diri, setiap tindak tanduk saya mencirikan jenis rumah saya di alam akhirat. Misi ke syurga adalah menjadi matlamat dan dunia sebagai alat. Memanipulasi kehidupan dunia untuk beroleh ketenangan abadi di sana. Jom!
“Emak memang berhajat hendak makan buah kurma. Tiba-tiba terdetik dalam hati dan teringin.” Ujar Emak ketika kami sedang bersantai di perkarangan Masjidil haram. Sambung Emak lagi,
“Tiba-tiba ada seorang wanita Arab menghulur buah kurma pada Emak. Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu.” Kami berdua tersenyum. Emak tidak henti-henti bersyukur dan mendoakan wanita yang baik hati itu.
Ustaz Don pernah bercerita,
“Ketika itu saya bawa selipar lebih. Memang sengaja bawa lebih. Entah macammana ada seorang Jemaah haji yang kehilangan kasutnya. Saya pun beri pada dia.”
Allah..
“Dan dia pakai selipar itu untuk mengerjakan haji. Tengok berapa banyak pahala kita dapat bila memberi sesuatu kepada seseorang. Kita menunaikan hajat atau keperluan mereka. Seakan kita telah kekurangan sesuatu tetapi sebaliknya kita beroleh kebaikan yang, yang, yang berlipat kali ganda.”
Saya termenung panjang. Istighfar.
Hasil fikir dan zikir dari Emak dan Ustaz Don, saya menyimpan 2 batang pen dalamhandbag kesayangan. Kebiasaannya saya hanya membawa 1 pen. Ya. Satu.
Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital pada pagi jumaat yang indah, terdapat pelbagai borang yang perlu diisi.
“Ada pen?” Seorang lelaki bertanya kepada jururawat yang sedang bertugas di kaunter. Saya ketika itu betul-betul duduk di hadapan sekali.
Jururawat menyambut mesra, “Pen kami dah tak cukup. Tadi kami dah beri pada isteri Encik.”
 “Oh ye ke. Oklah saya tunggu dia habis isi.”
Eh. Hey, saya ada lebih. Saya pun terus mencelah.
“Ambil pen saya.”
Lelaki itu menyahut, “Terima kasih. Ada juga manusia yang baik kat dunia ni. Saya pinjam ya.”
Yes! Berjaya. Semudah itu. Ya, semudah itu. Alhamdulillah.
Kenapa ya kita perlu melakukan kebaikan?
Kenapa ya kita perlu bantu orang lain yang sedang berhajat?
Kenapa ya kita perlu sibuk-sibuk nak beri apa yang kita ada?
Bukankah cukup kita memikirkan keperluan diri sendiri? Bukannya orang lain tidak boleh berusaha untuk memastikan berada dalam kecukupan?
Contohnya kenapa tidak dia membawa pen sendiri kerana rutinnya memang pemeriksaan kesihatan memerlukan alat tulis untuk mengisi borang dan sebagainya?
Kenapa?
Ke mana sahaja beliau pergi, pasti akan ada buah tangan untuk kami adik beradik. Saya selalu terasa bersalah. Saya tidak berapa pandai mencontohi akhlak murni ini. Tetapi saya sedang belajar.
Hari itu, sehelai jubah mengisi almari baju saya. Selepas itu, dompet berwarna kuning mengisi handbag saya. Pada saat itu juga, comforter menutup katil saya. Terima kasih Kak.
Saya sangat kagum dengan orang yang memikirkan orang lain dalam kehidupan mereka. Sepertimana seorang Ibu yang memberi cinta tanpa syarat, seboleh-bolehnya hatta nyawa diperlukan oleh anak-anak mereka, mereka akan beri.
Beri. Beri dan terus memberi.
Orang yang rajin memberi tidak akan pernah miskin. Mereka beroleh kekayaan di sisi Allah. Menyelusuri sejarah, tahukah kita para sahabat Nabi memberi lebih, lebih, dan lebih banyak lagi berbanding kita.
Huh, kita setakat memberi pinjam.
Mereka memberi sebahagian harta. Malah ada yang memberi sepenuhnya. Memanglah kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Ke ada orang yang sanggup korbankan seluruh harta untuk memberi?
Bermulalah dari yang paling mudah.
Saya suka pesanan Prof. Dr. Muhaya. Pesan beliau, apa salahnya kita isi sampul duit raya dengan duit. Kita bawa ke mana sahaja kita pergi. Mana tahu kita terjumpa orang susah tengah mencuci tandas. Kita beri dia duit. Dia guna duit kita untuk beli makanan. Dengan makanan itu dia menjadi hamba yang bertambah bersyukur.
Hmm.
Kita kaya.
Jom praktikkan. Ketika kita keluar dari rumah, cuba adakan satu jenis barang yang lebih daripada biasa. Contohnya, kita membawa bekalan nasi ke tempat kerja. Lebihkan satu jenis lauk. Sekurang-kurangnya kita boleh memberi sesuatu.
Pemberian yang ikhlas, itulah yang diterima Allah.
Memberilah walaupun sedikit.
“Awali pagi harimu dengan sedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan apa yang akan turun dari langit ke bumi pada hari itu.”
(Imam Ja’far Shadiq a.s)
Indahnya hidup. Jika setiap pagi kita berniat untuk bersedekah. Memberi sedikit. Ya sedikit dari apa yang kita ada. Sikit jer.
Jom bermula. Kan kita nak masuk syurga?
“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” (Al-An’aam 6:160)
Alhamdulillah.



Thursday, 23 May 2013

AWAS KAFIR

DARI IBNU UMAR R.A BERKATA, RASULULLAH S.A.W BERSABDA : 

" BARANGSIAPA YANG BERKATA KEPADA SAUDARANYA 'HAI KAFIR!!',MAKA UCAPAN ITU KEMBALI KEPADA SALAH SEORANG DI ANTARA MEREKA BERDUA. JIKA APA YANG DIUCAPKANNYA ITU BENAR, MAKA UCAPAN ITU TERTUJU KEPADA ORANG YANG DIPANGGIL. JIKA TIDAK, MAKA UCAPAN ITU BERBALIK KEPADA ORANG YANG MENGUCAPKAN KATA-KATA TADI."

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

P/S : DIAM ITU LEBIH INDAH DARI MELIHAT KATA-KATA YANG AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI... BILA SATU JARI MENUNJUK SALAH ORANG LAIN MAKA EMPAT JARI LAIN AKAN TERTUNJUK KEPADA DIRI SENDIRI... JAGA HATI JAGA IMAN...SALAM

-DIPETIK DARI BUKU 33 PESAN NABI-

Sunday, 19 May 2013

OH DUNIA

AKU INGIN KAYA
PANDAI 
EH, BUKAN..
AKU INIGN DIPUJA DI CINTA 
OLEH KEBANYAKAN ORANG....
PERGHHH SYOKKNYA....
TERKENAL DAN DIKENALI SELURUH DUNIA
HOHOHOHOHO.....


TAPI................
APAKAH ERTI SEMUA ITU....
KALAU MEMBUATKU TERJERAT DALAM KEMEWAHAN DUNIA
YANG MENAHANKU MENCIUM HARUMAN PINTU SYURGA.....


Dari Mustaurid Bin Syaddad R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Perbandingan antara DUNIA dan AKHIRAT  tidak lain seperti seseorang daripada kamu yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Setelah itu, dia melihat berapa banyak air yang melekat di jarinya ketika dia menarik keluar jarinya dari laut."

P/S: Air yang melekat di jari itu adalah kehidupan dunia, manakala lautan luas itu adalah kehidupan akhirat..

-DIPETIK DARI BUKU 33 PESAN NABI-

Saturday, 18 May 2013

AMARAH

Bagaimana harus di tahan rasa amarah yang sedia tertanam dalam JIWA,

Seringkali DIUJI dengan peristiwa amarah itu,

Resah GELISAH, marah dimarahi, sesal mengesali menjadi-jadi,

Puas ku FIKIR dan memikir kenapa terjadi hal sebegini,

Sedangkan perasaan jiwa  itulah yang membuakan rasa AMARAH,

Benar kita hanya manusia biasa yang kadang kala TEWAS dalam permainan nafsi kita,

Sungguh tak bisa tertahan RASA amarah itu namun kenapa rasa itu sering kita tertewas,

Sedar tak sedar itu hanya permainan PERASAAN kita yang berbolak balik dari tak terteram jiwanya,

Kemungkinan kita perlu dibasuh dengan cahaya NUR iman agar bisa menerangi kegelapan amarahmu itu....



Friday, 17 May 2013

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyah

Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping diri dengan Al Quran. Ayahnya seorang yang warak, sentiasa memenuhi masa dengan membaca Al Quran, memperbanyakkan sembahyang sunat, dan berpuasa serta hati tak lekang dari berzikir mengingati Allah.

Oleh kerana Rabiah anak yang bongsu, dia selalu mengikuti bapanya dan berdamping dengan segala program ayahnya. Sejak kecil lagi beliau telah dapat menghafaz Al Quran. Selain itu Al Quran juga menjadi penawar hatinya dan ubat bagi mengubati segala penyakitnya. Perangai Rabiah sangat berbeza dari adik beradiknya yang lain. Beliau sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu makan, beliau makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang.

Rabiah selalu mengingatkan ayahnya supaya mengawasi dari memberi makanan yang syubhat lebih-lebih lagi yang haram kepadanya.

“Wahai ayah, lebih baik bersabar kerana lapar di dunia daripada bersabar terhadap azab Allah di akhirat.”

Dari keistimewaan yang terdapat padanya serta tingkah lakunya yang luar biasa sejak dari kecil itu, ternyata bahawa suatu hari nanti Rabiah Al Adawiyah akan menjadi salah seorang di antara kekasih-kekasih Allah. Bagaimanapun untuk mencapai darjat yang tinggi itu beliau terpaksa menghadapi berbagai ujian dan penderitaan hidup. Allah SWT tidak akan mengangkat darjat seseorang dengan semudah atau tanpa diuji terlebih dahulu.

Ujian pertama yang terpaksa ditempuhi ialah ayahnya meninggal dunia dalam usianya yang masih muda, ibunya pula menyusul tidak lama selepas itu. Ini membuatkan beliau terpaksa berpisah dengan adik beradiknya yang lain. Tinggallah Rabiah yatim piatu dan sebatang-kara tanpa saudara mara tempat mengadu dan bergantung hidup. Ketika itu ia hidup penuh dengan linangan air mata dan kesedihan memanjang. Ini membuatkan dia sedar dan insaf bahawa ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk mengajarnya agar jangan bergantung dengan makhluk yang lain kecuali Allah. Allahlah tempat mengadu dan Allah jugalah yang menjadi hiburan dan tempat mengharap kasih sayang. Kini beliau menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Allah.

Dalam keadaan demikian Rabiah telah bersua dengan seorang lelaki tua yang sedang bertasbih dan memuji Allah. Beliau menasihatkan Rabiah supaya bersabar kerana itu merupakan ujian Allah. Rabiah sentiasa diperlihatkan dengan mimpi-mimpi yang baik dalam tidurnya serta membuatkan beliau tenang dan sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran hidup.

Tidak berapa lama kemudian, bandar Basrah tempat tinggalnya telah dilanda musim kemarau yang sangat teruk dan berakhir dengan kebuluran dan kemusnahan. Ini membuatkan Rabiah terpaksa berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat. Sewaktu menumpang dalam satu kafilah, tanpa disangka-sangka kafilah mereka telah diserang oleh perompak. Ketua perompak itu telah menangkap Rabiah untuk dijadikan barang rampasan dan beliau telah dijual di pasar sebagai hamba abdi.

Kini ia terikat dan berkhidmat pula dengan seorang tuan yang baru. Siang hari terpaksa bekerja kuat, membanting tulang empat keratnya mengangkat air, mengemas serta mengurus rumah. Namun begitu, walaupun keletihan, di malam hari, tetap digunakan untuk bermunajat dan beribadah kepada Allah. Dia sedar masa yang Allah kurniakan sangat berharga kepada hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir.

Suatu hari, ketika beliau ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Rabiah terpaksa lari menyelamatkan diri tetapi malang, kakinya telah tergelincir lalu jatuh. Tangannya patah lantas beliau berdoa kepada Allah:

“Ya Allah, aku ini anak yatim lagi abdi. Sekarang tanganku pula patah. Sungguh aku tidak peduli itu semua asalkan Engkau redha padaku, dan tunjukkanlah akan keredhaanMu itu.”

Tiba-tiba dia terdengar satu bisikan menyuruh ia bersabar dan mengingatkan ia akan janji-janji Allah di akhirat kelak. Selepas peristiwa itu pergantungan hatinya dengan Allah semakin teguh. Segala pengalaman yang dilalui dalam menempuh hi¬dup ini yang penuh onak dan duri serta malapetaka dan bahaya menjadikan beliau seorang yang tahan diuji. Segala ujian yang ditimpakan itu semakin meneguh dan menguatkan keyakinannya terhadap Allah.

Pada suatu malam secara tidak sengaja tuannya telah terdengar suara rayuan dan munajat Rabiah kepada Allah. Ia bangun bertahajud di kala orang lain sedang enak tidur dibuai oleh mimpi-mimpi indah. Dengan penuh linangan air mata, Rabiah bercakap-cakap dengan Alllah, katanya:

“Tuhanku, Engkau lebih mengetahui bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku akan habiskan seluruh masa malamku dan siangku dengan melakukan ibadat padaMu. Tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”

Tiba-tiba bilik Rabiah diterangi cahaya yang terang-benderang sedangkan dalam bilik itu tidak ada pelita atau lampu. Ini membuatkan tuannya sedar dan insaf akan kesalahannya kerana tidak membebaskan orang yang begitu hampir dan cinta kepada Allah.

Keesokan harinya, pergilah tuannya berjumpa dengan Rabiah dan memberitahu bahawa ia menyesal kerana memperhambakan Rabiah selama ini bahkan dia pula bersedia untuk menjadi hamba kepada Rabiah. Mendengar itu Rabiah merasa terharu. Dia lebih rela meninggalkan rumah itu dan mengasingkan diri dengan beruzlah serta bertaqarub kepada Allah.

Akhirnya, Rabiah Al Adawiyah kembali menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah dan memuji-muji Allah, mencurahkan harapan dan isi hatinya kepada Allah. Dia cintakan Allah sepenuh jiwa dan perasaan kerana dia dapat melihat Allah dengan ‘ainul basyirah’. Dia sedar hanya Allah sahaja yang layak dicintai dan dirindui serta dipuja dan hanya Allah yang mempunvai sifat-sifat yang lengkap untuk dipuji.

Berbagai karamah yang Allah kurniakan padanya dalam pengalaman kerohanian yang dilaluinya. Di antaranya, pada suatu ketika Hassan Al Basri mengajak Rabiah berbincang mengenai hal-hal kerohanian yang dilaluinya di atas air tasik. Beliau berkata begitu dengan niat hendak menunjukkan kelebihannya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa boleh berjaian di atas air). Rabiah Al Adawiyah berkata,

“Hassan, buanglah perkara yang sia-sia itu jika kamu benar-benar hendak memisahkan diri dari perhimpunan aulia’ Allah. Kenapa kita tidak terbang saja di udara?”

Rabiah Al Adawiyah berkata sedemikian kerana dia boleh berbuat demikian dan itulah salah satu karamah yang Allah kurniakan kepada beliau tetapi Hassan tidak boleh berbuat seperti itu.

Rabiah berkata lagi,

“Ketahuilah bahawa apa sahaja yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan inikan aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara luar biasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan santun terhadap Allah.”

Cintakan makhluk pada pendapat Rabiah Al Adawiyah tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Bahkan Rabiah Al Adawiyah sentiasa menangis. Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya.

Ada orang bertanya kenapa Rabiah Al Adawiyah mudah menangis? Rabiah menjawab,

“Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”

Kehidupan Rabiah Al Adawiyah terlalu miskin dan zuhud. Di dalam rumah beliau hanya terdapat sebuah balang yang mengandungi air minum dan wuduk, sebiji bata sebagai bantal dan sehelai tikar buruk sebagai alas tempat tidur. Melihatkan keadaan beliau yang terlalu dhaif, orang pun bertanya kepadanya,

“Kenapa kamu hidup begini, sedangkan kamu mempunyai ramai teman yang hidup kaya raya dan mereka tentu boleh membantumu?”

Rabiah Al Adawiyah berkata,

“Aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara.”

Sungguhpun keadaan rumahnya begitu, ia tetap menjadi kunjungan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dan secara tidak langsung merupakan sebuah sekolah untuk mempelajari “Al Hikmah” kerana orang ramai dapat menilai diri sendiri dari nasihat-nasihat beliau. Mereka juga datang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang lain seperti feqah, tasawuf, ilmu jiwa dan lain-lain.

Antara doa Rabiah Al Adawiyah yang termasyhur ketika beliau bercakap-cakap dengan Tuhan dan tatkala merintih di waktu sunyi berbunyi:

“Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak andangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu.”


Wednesday, 15 May 2013

MANUSIA TERKUAT

Pada Suatu Petang Selepas Asar Yang Cerah Mendung, Muncul Kelibat Dua Anak Muda Melontarkan Bicara Mereka...

Ustaz : Jom berteka teki nak?

Jejaka : Hah! ye ke Ustaz? saya ok jer..

Ustaz : Ok, siapakah manusia yang paling terkuat atas bumi ini?

Jejaka : Manusia terkuat? hmmm... The Rock

Ustaz : Bukan

Jejaka : Hulk kot..

Ustaz : Bukan lah!!

Jejaka : Abis tu Cicakman, Superman, Spiderman, Boboiboy petir kuasa tiga...

Ustaz : Pun bukan...

Jejaka : Hehehe...saya lah tu kan...

Ustaz : Mungkin ya dan mungkin tidak..

Jejaka : Mungkin ya mungkin tak camner plak tue???

Ustaz : Jawapan sebenarnya terpulang kat diri sendiri...

Jejaka : Apa hal pulak??? mentang-mentang dia Ustaz, sedap-sedap jer kutuk orangkan!!!!!

Ustaz : Hmmm... Nabi SAW kata, orang yang kuat adalah orang yang boleh kawal rasa marah dia...

Jejaka : Oooooo..... macam tu rupanya yer....huhuhuhu...


P/S : "Siapa di antara kamu yang dianggap kuat?" kami menjawab, "Orang-orang yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapapun" . Nabi SAW bersabda, " Bukan, tetapi orang-orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah"   (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

-DIPETIK DARI BUKU "33 PESAN NABI" PENULISNYA "VEBY SURYA"-

Friday, 10 May 2013

PilihanRaYa

Pilihan???amat memeningkan!!!
Keliru LA!!! sungguh mengelirukan....
Aneh sekali...ya amat menganehkan kah??

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula???

Jangan bertelakahlahh
Sememangnya musuh utama kamu 
Adalah diri kamu sendiri...
Bisikan syaitan yang tenang lagi sabar itu yang juga yang kamu turuti...

Sedarlah sifat marah itu datangnya dari api
Jangan terbakar dengan sifat itu
Takut nanti terbakar betul-betul dalam api neraka yang tak mampu kita sanggupi...



P/S : Dari Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda "DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN DAN SYURGA BAGI ORANG KAFIR"
(H.R Muslim)

LaYaKkAh!!

Tiada kata yang indahnya bahasa,

Mulut terbit ucapnya jadi luar biasa,

Tenang berbaur ilmu ilmiahnya,

Setiap detik bersama berlalu tanpa sedarnya,

Melihat diri ini tidak layak untuk berbicara seenaknya,

Dalam hati sebu terasa!!

Ketentuan tuhan setiap segalanya :)