Tuesday 24 April 2012

Karya Pantun


PANTUN NASIHAT

Pohon meranti ulam raja,
Makan nasi senang hati,
Walaupun tinggi ilmu di dada,
Elok dituruti resmi padi.


 Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid perlu hormatkan guru,
Kerana gurulah pembekal ilmu.


Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan Berjaya.    


Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Hidup di dunia sampai mati,
Duit beribu tidak berguna,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.    

PANTUN ALAM SEKITAR

menari dengan memakai destar,
pemuda sedang memberi senyuman,
 janganlah mencemarkan alam sekitar,
 hidup tenang lagi nyaman.


Air mata menampakan sinar,
Kerana harapan memberi rasa,
jagalah kita alam sekitar
Agar kehidupan tidak terseksa 


Atok telah memasang pelita,
Pelita malam disana sini,
Jika sampah banyak dimata,
Hancurlah alam yang fana ini.


sedap sungguh ikan bakar,
dibakar bersama burung tempura,
hutan ditebang juga dibakar,
punahlah habitat haiwan semua.


Ulat bulu di hujung dahan,
Menjadi mainan si anak nyonya,
Sungai dan tasik anugerah tuhan,
Janganlah sungai kita mencemarkannya.

No comments:

Post a Comment