Thursday, 10 January 2013

masa yang sesuai untuk minum air masak


Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

kesan buruk guna laptop tanpa bateri


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecas bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.


Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

7 Mp3 paling UNIK di Dunia


Marcapada ini, semakin banyak ciptaan terbaru manusia yang kreatif dan inovatif dalam mereka cipta sesuatu yang berbeza dan serta unik. Buat pengemar muzik yang sentiasa mengikut perkembagan teknologi pasti tidak akan ketinggalan dengan rekaan Mp3 yang unik, menarik perhatian dan boleh digunakan mengikut keadaan.

Berikut adalah antara 7 Mp3 yang paling unik di dunia: –>


1 . Ballpen MP3 Player


Pernahkah anda memiliki pen, mp3 player dan penyimpan data sekaligus? mungkin belum pernah. Itulah sebabnya produk ini dikeluarkan. Di reka khusus sehingga dalam waktu pengisian bateri selama 7 jam, anda sudah dapat mendengar muzik sambil menulis.


2 . Bousuishiyou “Waterproof” MP3 Player


Adakah anda pernah terfikir untuk berenang/menyelam sambil menikmati muzik kesukaan anda? sekarang bukan lagi angan-angan, sebab mp3 player yang satu ini merupakan yang pertama di kelas mp3 player kalis air hingga kedalaman 50 M.


3 . Toshiba Parachan MP3 Player


Sebuah penemuan yang aneh, itulah yang pertama kali terpikir oleh orang ketika melihat produk ini. MP3 player keluaran Toshiba ini berbentuk seperti ikan paus dan tidak memiliki sesuatu apapun yang lebih.


4 . Fruits MP3 Player


Ini hanyalah sebuah mp3 player yang berbentuk sungguh comel dan dapat mengeluarkan aroma buah-buahan sehingga selagi mendengar muzik, anda dapat menikmati rasa buah walaupun hanya baunya saja.


5 . Solid Alliance iCools MP3 Player


Pernahkah anda berpikir untuk tidak membuang bekas gula0gula anda? mungkin tidak, tapi setelah melihat produk home made ini mungkin anda cukup berminat untuk membuat satu. Dilengkapi dengan pemutar radio, serta FM radio, MP3 player ini merupakan salah satu yang paling lengkap.


6 . Wallet MP3 Player


Kemajuan teknologi tidak lagi dapat disangkal, MP3 player semakin nipis dari hari ke hari, berikut ini merupakan salah satu contohnya. Dengan tebal hanya 0.091-inches and berat hanya 0.035-pounds, MP3 player ini dapat menyimpan data hingga 4GB dan dapat memainkan muzik hingga 5 jam.


7 . Bratz Plugged In Liptunes MP3 Player

Jangan tertipu dengan reka bentuknya, kerana mp3 ini tidak memiliki tekstur lipstick dan tidak ada lipsticknya. Yang unik dan istimewa dari MP3 player ini adalah teknik untuk promosi dan konsep yang mantap yang mampu menarik perhatian.


p/s:  }i{  semuanya sungguh menarik kan? bukan senang nak jumpa..pakat-pakat cari dan kumpul ye ^_^ hee~

Tuesday, 8 January 2013

Antara Janji dan Hasrat


Oleh : Ayu, Wani dan Effy



Aku...Aku....Akulah disini....

Antara janji dan hasrat 

Diriku pernah melabuhkan janji


Jika ku pilih janji
Aku derita kerana keji
Tolak hasratku

Jika ku pilih hasrat
Janji pula mengikatku
Bahkan telah menjadi rantai
Setiap kali aku melangkah

Antara janji dan hasrat
Aku terkedu tersepit antara dua
Mana yang harus menjadi pilihanku

Kini kedua-duanya
Selalu menyapa dan mengungkit
Kerna
Aku pernah melabuhkan janji

Aduhai mudahnya mengukir
Tetapi sukarnya untuk menunaikan
Bait-bait yang terlerai

Jadi kenapa kau berjanji
Harapan hasrat sudah terlerai

Kini pelahan- lahan
Ungkapkan kata menghantui batinku

Hasrat pula menyahut
Biarkan aku terikat
Asalkan janji menyambutmu

Beban hasrat di dada
Selalu menghantui batinku
Kini aku bukan aku

Meskipun setiap kita
Punya hasrat terpendam
Tetapi tidak terlaksana
Kerana terikat dengan janji dahulu

Kerana janji
Masa depan dipertaruhkan
Atas dasar kepentingan

Biarlah berfikir dahulu
Sebelum berkata
Jangan biarkan diri
Dikuasai oleh kata-kata janji
Yang tak pasti


Saturday, 5 January 2013

Perit Masa

Hidup umpama bayang-bayang, 
Aku seperti tidak pernah berpijak pada bumi yang nyata...
Apa tujuan kita hidup ini?
Iya mainan dunia semata-matakah..
Termenung seketika, 
Mengelamun memikirkan
Apa salah yang telah buat?

Salahkah aku?
Apa yang ada disebalik permainan ini?
Pening sakitnya...
Derapan tapak kaki pertama kenapa tidak pernah aku nampak kesanya
Hilang tiada terbuang merana
Takut serasa...
Aduhai dunia semata-mata..
Akhirat entah kemana..




zikir awet muda


Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.


Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.