Tuesday, 8 January 2013

Antara Janji dan Hasrat


Oleh : Ayu, Wani dan Effy



Aku...Aku....Akulah disini....

Antara janji dan hasrat 

Diriku pernah melabuhkan janji


Jika ku pilih janji
Aku derita kerana keji
Tolak hasratku

Jika ku pilih hasrat
Janji pula mengikatku
Bahkan telah menjadi rantai
Setiap kali aku melangkah

Antara janji dan hasrat
Aku terkedu tersepit antara dua
Mana yang harus menjadi pilihanku

Kini kedua-duanya
Selalu menyapa dan mengungkit
Kerna
Aku pernah melabuhkan janji

Aduhai mudahnya mengukir
Tetapi sukarnya untuk menunaikan
Bait-bait yang terlerai

Jadi kenapa kau berjanji
Harapan hasrat sudah terlerai

Kini pelahan- lahan
Ungkapkan kata menghantui batinku

Hasrat pula menyahut
Biarkan aku terikat
Asalkan janji menyambutmu

Beban hasrat di dada
Selalu menghantui batinku
Kini aku bukan aku

Meskipun setiap kita
Punya hasrat terpendam
Tetapi tidak terlaksana
Kerana terikat dengan janji dahulu

Kerana janji
Masa depan dipertaruhkan
Atas dasar kepentingan

Biarlah berfikir dahulu
Sebelum berkata
Jangan biarkan diri
Dikuasai oleh kata-kata janji
Yang tak pasti


No comments:

Post a Comment