Friday, 15 November 2013

lower your gaze

Betul ke fakta yang mengatakan lelaki boleh jadi bodoh atau dungu di depan wanita cantik? Apa buktinya? Korang ni memang tak abis belajar la. Kan dalam al-Quran ada mengatakan fakta lebih kurang yang macam ni. Korang ingat tak? Ke memang tak tahu? Saranan al-Quran yang bunyinya lebih kurang, “…hendaklah kaum lelaki menundukkan pandangan” atau secara perincinya, lower your gaze. Pelihara pandangan. Saranan al-Quran bukan saja-saja je. Ada sebabnya. Kali ni kita berkesempatan untuk mengetahui sebabnya. Dulu masa zaman sekolah korang pernah dengar tak fakta atau kata-kata orang tua berbunyi camni, “jangan tengok perempuan, nanti pelupa, atau jangan tengok cerita lucah, nanti jadi bebal”. Korang yang bajet pandai masa tu mempersoalkan kembali, apa kaitan tengok benda lucah atau aurat perempuan dengan lemah ingatan? Korang baca la sendiri penyelidikan yang telah dibuat di Jepun tentang hal ni. Al-Quran dah bagitau korang 1400 tahun yang lampau korang tak mahu percaya.

Ekspresi Naluri


Lelaki terkejut melihat bahan lucahGambar hiasan: Budak lelaki ni terkejut melihat gambaran lucah di hadapannya. Boleh lemahkan ingatan tau! Jadi hindarkannya!
TOKYO: Pernahkah anda terfikir ekspresi keliru dan bosan di wajah lelaki ketika berbual dengan wanita cantik seperti dalam filem seperti There’s Something About Mary hanya sekadar lakonan, anda silap jika beranggapan sedemikian.
Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik. Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati beliau tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.
Dalam usaha membuktikan teori mereka, penyelidik itu membuat kajian terhadap 40 pelajar lelaki heteroseksual, lapor J Cast.
Pelajar itu diminta melakukan ujian memori yang standard iaitu mereka perlu menghafal beberapa ayat dan mengulanginya. Kemudian mereka diarahkan berbual beberapa minit dengan kumpulan lelaki dan wanita sebelum mengulangi ujian hafalan itu.
Kajian itu mendapati, lelaki lebih lambat dan kurang tepat memberi jawapan selepas berbual dengan kumpulan wanita cantik itu. Lebih menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah. Lebih mengejutkan, apabila ujian sama dilakukan terhadap sekumpulan wanita, tahap memori mereka sama tidak kira mereka bercakap dengan lelaki atau wanita.
Menurut ahli psikologi itu, hasil penyelidikan itu membuktikan lelaki diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, mere-ka lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama apabila berdepan dengan cabaran baru, lapor J-Cast.
Kajian itu mempunyai implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan peperiksaan pelajar lelaki di sekolah campur.
Jika lelaki hilang fungsi kognitif apabila berbual dengan wanita cantik di tempat kerja, lebih baik tidak mengambilnya bekerja dalam syarikat, kata seorang lelaki Jepun berusia 30 an yang bekerja di sebuah syarikat terkenal kerana mengambil wanita cantik bekerja. – Agensi
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.An-Nur:30
Sumber: Berita Harian Online

Sunday, 10 November 2013

AL-FATIHAH

Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )

2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )

3) Hadith Nabi SAW

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له 

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)



***************************************

Bila berlaku kematian atau di kubur, kita sering atau biasa mendengar/lihat dibaca surah al Fatihah, begitu juga dibacakan surah Yasin. ...tetapi amalan ini sebenarnya tidak seperti yang disangka byk pihak..kerana dikatakan sedekah al-Fatihah..yasin dan lain2 ayat adalah pahalanya tidak sampai kepada si mati!....

Wpun terdapat perselisihan ulama berhubung perkara ini. Kita lihat pendapat Iman Syafie....yang menjagi pegangan masyarakat islam di Malaysia...Mengikut pendapat Imam Syafie dalam Tafsir Ibn Kathir, bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati berdasar hujah firman Allah S.W.T :


'Seseorang manusia tidak akan memperolehi apa-apa kecuali dengan apa yang diusahakannya'-Surah al-Najm:39

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud

So disini ada kebenarannya..lebih2 lagi ini pendapat Iman Syafie...
tapi bukankah kita biasa buat sebaliknya?
Minta share jika ada kebenaranya tentang perkara yg masyarakat kita buat selama ini..sbb kalau tgk kebiasaan cam bercanggah dengan pendapat Iman besar kita ini...




Tuesday, 5 November 2013

wanita pertama masuk syurga

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.
Wallahu a’lam

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

HUJAN


tersedar ku dari mimpi khayalan
harapan esok kembali tenang
hilang suram lubukku yang dalam
setenang air rintikan kehalusan
bumi kini harum wangianya hujan

Sunday, 3 November 2013






Ibrahim Adham raja sufi yang mulia




Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.

“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.

“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.

“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.

“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.

“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.

“Sebelum ayahmu?”

“Datukku!”

“Sebelum dia?”

“Datuk kepada datuk-datukku!”

“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.

“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.

“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

*********

Suatu hari Ibrahim Bin Adham ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam.Apabila dia ingin masuk ke dalam,seraya seorang lelaki menegurnya, “wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk.”Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata Ibrahim Bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.Lelaki tadi terkejut dan berkata, “wahai orang tua,andaikata kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma.Janganlah menangis kerana ini.”Ibrahim bin Adham menjawab, “wahai pemuda,aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,bagaimana pula dengan syurga Allah.Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya…”

**********

Hatinya diketuk

Ibrahim mewarisi sifat ayahnya