pernahkah kau melemparkan pandangan sinis hingga membuatkan hati sahabatku terasa?
lidah..
adakah kau tersalah bicara hingga membuatkan hati sahabatku terluka?
hati..
betulkah kau berburuk sangka hingga membuatkan hati sahabatku kecewa?
tahukah kamu bahawa dianatara ramai sahabatku kamu yang paling istimewa?
tidak pernah terlintas dimindaku untuk menyakitimu, apatah lagi melukakanmu.
lantas kini mengapa kini kau mula berubah sikap,
tidak bertegur sapa denganku,
tidak mahu berbicara denganku,
tidak mempedulikan aku..
mengapa wahai sahabat?
tahukah hatiku merana dengan perbuatan kamu? hiba dengan sikapmu?
janganlah kamu berdiam diri tanda memprotesku
terangkanlah salahku moga aku tahu tentang silapku..
sahabat...
andai kamu masih dengan sikapmu itu, aku redha,
mungkin salahku besar buatmu,
namun ketahuilah,
aku mohon agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkanku
dan kembali bergelak tawa denganku seperti masa-masa dulu....
No comments:
Post a Comment